Monday 18 June 2012

Besi tertusuk kedalam badan remaja 12 tahun

Kejadian ini sungguh luar biasa dialami seorang remaja yang masih berusia 12 tahun, ketika bermain di sebuah tapak projek bangunan ,dia secara tidak sengaja tertusuk sebatang besi dengan diameter 1.5 cm masuk kedalam tubuh Kalim Ali.


menunggu proses pembedahan di sebuah hospital di Mumbai India

Besi itu tertusuk dengan posisi menegak dari atas ke bawah sedalam 1 meter sehingga mengenai beberapa organnya seperti usus besar dan hati.


Namun tidak ada saluran darah yang pecah sehingga keadaaanya tidak terlalu buruk. Doktor bekerja keras untuk mengeluarkan batang besi tersebut sehingga pembedahan itu mengambil masa sehingga lebih daripada 3 jam.Dr.Hemanshi Shah mengatakan  remaja itu memerlukan waktu hingga 4- 5 bulan untuk sembuh sepenuhnya. 

Ribuan itik menuju ke kolam





 
 
 
 
 

TAIZHOU, China - Seorang petani kelmarin menyebabkan pergerakan lalu lintas di sebatang jalan raya di sini terhenti, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Beberapa buah kereta dan motosikal berhenti bagi membolehkan haiwan tersebut bergerak secara berkumpulan untuk menuju ke kolam.
Petani tersebut dan beberapa rakannya mengawal pergerakan kira-kira 5,000 itik itu dengan menggunakan sebatang kayu.
- Agensi-

Bakar hidup2


Apabila perasaan marah menguasai diri beginilah jadinya...





Sunday 17 June 2012

Hilang Nyawa Angkara RM1,500

Hilang Nyawa Angkara RM1,500
KUALA LUMPUR : Perbalahan antara dua penjual sayur warga Myanmar berhutang RM1,500 berakhir dengan salah seorang daripada mereka mati ditikam di Pasar Borong Selayang Lama di sini semalam.
Mangsa yang terbunuh hanya dikenali sebagai Ali, 26. Ali mati akibat ditikam di dada oleh rakannya selepas mereka berperang mulut selama kira-kira setengah jam.
Seorang saksi yang juga rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tham, 30-an berkata, pergaduhan itu bermula pada pukul 7.30 malam dipercayai angkara dendam lama berkaitan dengan persaingan perniagaan dan masalah wang yang dipinjam isteri suspek.
“Perang mulut yang berlangsung selama kira-kira setengah jam itu tidak disangka berakhir dengan Ali ditikam,” kata Tham yang juga merupakan warga Myanmar. – Kosmo

Suami Dijel Angkara Aniaya Isteri

Suami Dijel Angkara Aniaya Isteri
KOTA BHARU : Seorang lelaki yang tergamak memukul isterinya menggunakan kerusi dan mencucuh mata kiri mangsa dengan api hingga melecur menerima balasan apabila dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Muhamad Hafiz Mohd. Noor mengarahkan tertuduh, Wan Mustafa Mamat, 40, menjalani hukuman tersebut selepas lelaki itu mengaku bersalah mencederakan isterinya, Rohana Abdullah, 40.
Mengikut pertuduhan, Wan Mustafa didakwa mencederakan Rohana menggunakan kerusi dan wang kertas RM1 yang dibakar di rumah pasangan itu di Kampung Kedai Buloh, Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini pada pukul 9.30 malam 2 Februari lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan. – Kosmo

Akibat akuarium pecah

Beberapa ekor ikan jerung bebas berenang di lantai

Pembedahan mengeluarkan cacing pita

Berikut adalah gambar proses mengeluarkan cacing pita dari perut seorang budak.