Tuesday 12 June 2012

Pengemis Gangster

Nak mintak duit kat orang tpi bukan main gangster lagi...sapa nak bagi...dah la lau x bagi di pijaknya kereta...bukan main samseng 
 lagi..berbulu je tgok..

Tiga Jam Seksa Mangsa Tak Bersalah

Tiga Jam Seksa Mangsa Tak Bersalah
KUALA LUMPUR : “Dalam keadaan kedua-dua tangan dan kaki diikat, mereka tanpa belas kasihan mencucuh muka dengan besi kimpalan yang masih bernyala, malah saya turut dipukul dengan rotan dan kayu,” kata seorang ahli perniagaan yang menjadi mangsa ‘tersalah culik’ oleh lima penjenayah sebelum dia dihumban di tepi jalan.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Hamzi, 36, berkata demikian ketika menceritakan pengalaman ngeri dia diseksa lebih tiga jam selepas diculik ketika berada berhampiran sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, di sini, jam 8.30 malam, Khamis lalu.
Menurutnya, sebelum kejadian dia keluar bersama isteri dan empat anaknya, namun sebaik turun dari kereta, empat lelaki meluru ke arahnya dan menarik dia masuk dalam sebuah kereta Honda Accord.
Tiga Jam Seksa Mangsa Tak Bersalah
“Seorang daripada suspek menutup kepala saya menggunakan beg,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Shah Alam, semalam. – Metro

Monday 11 June 2012

Baiknya hati

Kenapa x kita mcm ni jugak..Tersentuh hati tengok..






'Baba' berhati syaitan



KLANG: Dia dipanggil ‘baba’ oleh seorang budak perempuan berusia lima tahun yang dijaga isterinya, namun dia rupa-rupanya syaitan bertopengkan manusia apabila tergamak merogol dan meliwat kanak-kanak malang itu.
Amat menyedihkan kerana suspek yang berusia 50-an dan berstatus orang kelainan upaya (OKU) serta menerima pencen ilat akibat kemalangan di tempat kerja beberapa tahun lalu, bijak mengambil kesempatan di atas sikap manja mangsa kepadanya. 
Kejadian itu yang berlaku di sebuah kampung di pinggir bandar ini hanya disedari ibu mangsa baru-baru ini apabila mangsa yang masih belajar di tadika mengadu kesakitan di bahagian kemaluan.

Sumber berkata, kanak-kanak perempuan malang itu dijaga pengasuh yang juga isteri suspek sejak berusia dua tahun manakala dua lagi adik mangsa dijaga nenek kanak-kanak itu.

sumber : myMetro

Ni baru rare

klau macam ni baru puas minum..leh tahan seminggu nie..

Balasan merompak

Balasan kerana merompak..ni baru di dunia,belum akhirat lagi..
Subhanallah! Perompak Mati Kepala Tersepit
Subhanallah! Perompak Mati Kepala Tersepit
DUNGUN : Seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah menerusi lantai menemui ajal apabila kepalanya tersepit di celah lantai kayu tersebut.
Kejadian berlaku antara pukul 7 pagi hingga 3.30 petang semalam di Kampung Sura Hujung ketika penghuni rumah berkenaan, Wan Azhan Wan Abdullah, 43, keluar mengajar di sekolah berhampiran.
Menurut Wan Azhan, dia terkejut apabila melihat satu objek di lantai bahagian dapur rumahnya ketika pulang dari mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 7, dekat sini.
“Ketika sampai di rumah, saya terus ke ruang dapur untuk ke tandas tetapi tiba-tiba saya terlihat kepala orang dalam keadaan mengerikan,” ceritanya ketika ditemui di rumahnya dekat sini, semalam.
Dia kemudiannya terus memanggil jirannya kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya tetapi mereka mengesahkan ia adalah kepala manusia.
Katanya, dia turut memeriksa bahagian bawah rumah dan terkejut apabila mendapati badan mangsa terjuntai di antara lantai rumah setinggi kira-kira satu meter itu. Menurut Wan Azhan yang tinggal bersendirian di rumah tersebut sejak tahun 1983, dia mengenali mangsa yang juga jirannya. – berita

Ape yg pelik gambar ni???