Kejadian tertelan duit ,guli atau barang kecil adalah biasa bagi
kanak-kanak.Tetapi kalau tertelan gunting bagaimana? Bukan budak tetapi
seorang pemuda yang berusia 27 tahun telah tertelan gunting yang
berukuran 4in (10 cm)
Kong Lin telah meminjam gunting itu daripada kawannya untuk mencungkil
gigi setelah makan tetapi akibat ada diantara kawannya yang berbuat
lucu ,dia pun ikut ketawa dan tanpa disedarinya gunting itu terlepas dan
masuk kekerongkongnya.
Pada awalnya Lin berhasil batuk dan dapat mengeluarkan sedikit bahagian
gunting itu.Namun tidak dapat mengeluarkan sepenuhnya,dia pun dibawa ke
hospital di Putian China.
Menurut doktor yang merawatnya Lin kelihatan pucat dan darah sudah
bercampur dengan ludahnya dan melalui pemeriksaan x-ray gunting sudah
masuk kaedalam kerongkongnya.
Pembedahan itu mengambil masa sehingga 30 minit dan gunting itu berjaya
di keluarkan.Dia bernasib baik kerana tidak menglami luka yang teruk di
bahagian kerongkongnya.
No comments:
Post a Comment