Sunday, 10 June 2012

Cabar RM49 Ribu Buat Muka Hodoh Sepertinya


Cabar RM49 Ribu Buat Muka Hodoh Sepertinya
SICHUAN : Tang Shuquan menawarkan ganjaran 10,000 pound (RM49,000) kepada sesiapa yang boleh membuat memek wajah pelik seperti dilakukan olehnya.
Pemegang Rekod Dunia Guinness dari China untuk kategori muka terhodoh berumur 43 tahun itu kini mencabar pesaingnya yang mempunyai kelebihan serupa.
Shuquan menyatakan dia mengambil masa tujuh tahun untuk berlatih sebelum merealisasikan bakat unik tersebut di peringkat antarabangsa kira-kira 10 tahun lalu.
Mac lalu, dia mengambil bahagian dalam rancangan televisyen, Rekod Dunia Guinness di Itali dan dianugerahkan AS$10,000 (RM32,000) serta pingat atas bakat luar biasanya. – Sinar Harian

No comments:

Post a Comment