Kejadian ini berlaku di
Faridabad India.Insiden ini berlaku apabila sewaktu Anil Kumar yang bekerja sebagai buruh binaan pulang menunggang motosikal melanggar belakang lori yang membawa muatan besi lalu dua batang besi
berukuran 3 cm menembusi perutnya. Dia dibawa ke hospital dan doktor
mengambil masa selama empat jam pembedahan untuk mengeluarkan batang
besi itu dari perutnya.
Tuesday 19 June 2012
Monday 18 June 2012
Tertelan gunting
Kejadian tertelan duit ,guli atau barang kecil adalah biasa bagi
kanak-kanak.Tetapi kalau tertelan gunting bagaimana? Bukan budak tetapi
seorang pemuda yang berusia 27 tahun telah tertelan gunting yang
berukuran 4in (10 cm)
Kong Lin telah meminjam gunting itu daripada kawannya untuk mencungkil
gigi setelah makan tetapi akibat ada diantara kawannya yang berbuat
lucu ,dia pun ikut ketawa dan tanpa disedarinya gunting itu terlepas dan
masuk kekerongkongnya.
Pada awalnya Lin berhasil batuk dan dapat mengeluarkan sedikit bahagian
gunting itu.Namun tidak dapat mengeluarkan sepenuhnya,dia pun dibawa ke
hospital di Putian China.
Menurut doktor yang merawatnya Lin kelihatan pucat dan darah sudah
bercampur dengan ludahnya dan melalui pemeriksaan x-ray gunting sudah
masuk kaedalam kerongkongnya.
Pembedahan itu mengambil masa sehingga 30 minit dan gunting itu berjaya
di keluarkan.Dia bernasib baik kerana tidak menglami luka yang teruk di
bahagian kerongkongnya.
Besi tertusuk kedalam badan remaja 12 tahun
Kejadian ini sungguh luar biasa dialami seorang remaja yang masih
berusia 12 tahun, ketika bermain di sebuah tapak projek bangunan ,dia secara
tidak sengaja tertusuk sebatang besi dengan diameter 1.5 cm masuk
kedalam tubuh Kalim Ali.
Besi itu tertusuk dengan posisi menegak dari atas ke bawah sedalam 1 meter sehingga mengenai beberapa organnya seperti usus besar dan hati.
Namun tidak ada saluran darah yang pecah sehingga keadaaanya tidak terlalu buruk. Doktor bekerja keras untuk mengeluarkan batang besi tersebut sehingga pembedahan itu mengambil masa sehingga lebih daripada 3 jam.Dr.Hemanshi Shah mengatakan remaja itu memerlukan waktu hingga 4- 5 bulan untuk sembuh sepenuhnya.
menunggu proses pembedahan di sebuah hospital di Mumbai India
Besi itu tertusuk dengan posisi menegak dari atas ke bawah sedalam 1 meter sehingga mengenai beberapa organnya seperti usus besar dan hati.
Namun tidak ada saluran darah yang pecah sehingga keadaaanya tidak terlalu buruk. Doktor bekerja keras untuk mengeluarkan batang besi tersebut sehingga pembedahan itu mengambil masa sehingga lebih daripada 3 jam.Dr.Hemanshi Shah mengatakan remaja itu memerlukan waktu hingga 4- 5 bulan untuk sembuh sepenuhnya.
Ribuan itik menuju ke kolam
TAIZHOU, China - Seorang
petani kelmarin menyebabkan pergerakan lalu lintas di sebatang jalan
raya di sini terhenti, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Beberapa buah kereta dan motosikal berhenti bagi membolehkan haiwan tersebut bergerak secara berkumpulan untuk menuju ke kolam.
Petani tersebut dan beberapa rakannya mengawal pergerakan kira-kira 5,000 itik itu dengan menggunakan sebatang kayu.
- Agensi-
Sunday 17 June 2012
Hilang Nyawa Angkara RM1,500
KUALA LUMPUR : Perbalahan antara dua penjual sayur warga Myanmar berhutang RM1,500 berakhir dengan salah seorang daripada mereka mati ditikam di Pasar Borong Selayang Lama di sini semalam.
Mangsa yang terbunuh hanya dikenali sebagai Ali, 26. Ali mati akibat ditikam di dada oleh rakannya selepas mereka berperang mulut selama kira-kira setengah jam.
Seorang saksi yang juga rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tham, 30-an berkata, pergaduhan itu bermula pada pukul 7.30 malam dipercayai angkara dendam lama berkaitan dengan persaingan perniagaan dan masalah wang yang dipinjam isteri suspek.
“Perang mulut yang berlangsung selama kira-kira setengah jam itu tidak disangka berakhir dengan Ali ditikam,” kata Tham yang juga merupakan warga Myanmar. – Kosmo
Suami Dijel Angkara Aniaya Isteri
KOTA BHARU : Seorang lelaki yang tergamak memukul isterinya menggunakan kerusi dan mencucuh mata kiri mangsa dengan api hingga melecur menerima balasan apabila dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Muhamad Hafiz Mohd. Noor mengarahkan tertuduh, Wan Mustafa Mamat, 40, menjalani hukuman tersebut selepas lelaki itu mengaku bersalah mencederakan isterinya, Rohana Abdullah, 40.
Mengikut pertuduhan, Wan Mustafa didakwa mencederakan Rohana menggunakan kerusi dan wang kertas RM1 yang dibakar di rumah pasangan itu di Kampung Kedai Buloh, Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini pada pukul 9.30 malam 2 Februari lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan. – Kosmo
Subscribe to:
Posts (Atom)