Sunday, 17 June 2012

Hilang Nyawa Angkara RM1,500

Hilang Nyawa Angkara RM1,500
KUALA LUMPUR : Perbalahan antara dua penjual sayur warga Myanmar berhutang RM1,500 berakhir dengan salah seorang daripada mereka mati ditikam di Pasar Borong Selayang Lama di sini semalam.
Mangsa yang terbunuh hanya dikenali sebagai Ali, 26. Ali mati akibat ditikam di dada oleh rakannya selepas mereka berperang mulut selama kira-kira setengah jam.
Seorang saksi yang juga rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tham, 30-an berkata, pergaduhan itu bermula pada pukul 7.30 malam dipercayai angkara dendam lama berkaitan dengan persaingan perniagaan dan masalah wang yang dipinjam isteri suspek.
“Perang mulut yang berlangsung selama kira-kira setengah jam itu tidak disangka berakhir dengan Ali ditikam,” kata Tham yang juga merupakan warga Myanmar. – Kosmo

No comments:

Post a Comment