Wednesday 20 June 2012

Cara luruskan rambut secara percuma

Buat bangunan dengan menggunakan duit syiling

kreatif gila...










Jurutol Yang Ditembak Alami Cacat Kekal

Jurutol Yang Ditembak Alami Cacat Kekal
KUALA LUMPUR : Salah seorang mangsa kejadian samun di Plaza Tol Seremban, Mohd Hafizz Zamri, 26, mengalami cacat kekal apabila kaki kanannya terpaksa dipotong Jumaat lalu.
Lebih malang, dia terpaksa menangguhkan perkahwinannya yang dijangkakan pada penghujung tahun ini.
Akibat itu, Hafizz kelihatan lebih murung dan tidak banyak bercakap. Bagaimanapun bapanya, Zamri Sutin, 53, berkata, anaknya itu semakin stabil selepas pembedahan yang dilakukan pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur.
“Pada mulanya dia menolak untuk menjalankan pembedahan memotong kaki namun selepas dipujuk tunang dan ahli keluarga, dia bersetuju,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.57 malam Jumaat lalu, Hafizz bersama sorang lagi rakan sekerjanya, Nurijah Rosli, 24, yang mengandung dua bulan, parah selepas ditembak dengan dipercayai pump gun dari jarak dekat.
Mengulas kejadian itu, dia sendiri berasa terkejut mendengar berita itu, namun menerimanya dengan reda. Zamri berkata, Hafizz juga terpaksa menangguhkan perkahwinan yang dijadualkan akhir tahun ini bersama tunangnya, Nurfaizan Abdul Kasim, 27.
Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata, pihaknya sudi membantu bagi pihak Hafizz dalam usaha menyegerakan bantuan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). – Sinar Harian

Tuesday 19 June 2012

Nakharam mabuk

Blog FAM digodam

blog hacked Blog FAM Digodam Hacker Indonesia #TorTorOps

Blog FAM Digodam Hacker Indonesia #TorTorOps

Gempar! Blog FAM Digodam Hacker Indonesia sekali lagi sekaligus menambahkan lagi rekod laman web rasmi bola sepak negara ini yang sebelum ini sudah beberapa kali diceroboh atas faktor-faktor tertentu.
Terbaru, Blog FAM Digodam Hacker Indonesia berikutan kes Tarian Tor-Tor (first time dengar) yang bakal dinamakan sebagai Khazanah Seni Negara oleh gagasan 1Malaysia, dan nyata berita ini tidak menggembirakan puak-puak radikal di negara jiran kita, Indonesia.

Blog FAM Digodam Hacker Indonesia

Jika anda berminat untuk mengetahui apakah mesej yang cuba disampaikan oleh penggodam yang bertanggungjawab menambahkan rekod buruk laman web tersebut, bolehlah melayari http://fam.org.my sementara mesej tersebut masih lagi berada disana, jika blog tersebut pulih besar kemungkinan ianya sudah tidak akan dapat dilihat lagi.

Tertusuk 2 batang besi

Kejadian ini berlaku di  Faridabad India.Insiden ini berlaku apabila sewaktu Anil Kumar yang bekerja sebagai buruh binaan pulang menunggang  motosikal melanggar belakang lori yang membawa muatan besi lalu dua batang besi berukuran 3 cm menembusi perutnya. Dia dibawa ke hospital dan doktor mengambil masa selama empat jam pembedahan untuk mengeluarkan batang besi itu dari perutnya.




Monday 18 June 2012

Tertelan gunting

Kejadian tertelan duit ,guli atau barang kecil adalah biasa bagi kanak-kanak.Tetapi kalau tertelan gunting bagaimana? Bukan budak tetapi seorang pemuda yang berusia 27 tahun telah tertelan gunting yang berukuran 4in (10 cm)

Kong Lin telah meminjam gunting itu daripada kawannya untuk mencungkil gigi setelah makan tetapi akibat ada diantara kawannya yang berbuat lucu ,dia pun ikut ketawa dan tanpa disedarinya gunting itu terlepas dan masuk kekerongkongnya.
Pada awalnya Lin berhasil batuk dan dapat mengeluarkan sedikit bahagian gunting itu.Namun tidak dapat mengeluarkan sepenuhnya,dia pun dibawa ke hospital di Putian China.
Menurut doktor yang merawatnya Lin kelihatan pucat dan darah sudah bercampur dengan ludahnya dan melalui pemeriksaan x-ray gunting sudah masuk kaedalam kerongkongnya.
Pembedahan itu mengambil masa sehingga 30 minit dan gunting itu berjaya di keluarkan.Dia bernasib baik kerana tidak menglami luka yang teruk di bahagian kerongkongnya.