Wednesday, 20 June 2012

Jurutol Yang Ditembak Alami Cacat Kekal

Jurutol Yang Ditembak Alami Cacat Kekal
KUALA LUMPUR : Salah seorang mangsa kejadian samun di Plaza Tol Seremban, Mohd Hafizz Zamri, 26, mengalami cacat kekal apabila kaki kanannya terpaksa dipotong Jumaat lalu.
Lebih malang, dia terpaksa menangguhkan perkahwinannya yang dijangkakan pada penghujung tahun ini.
Akibat itu, Hafizz kelihatan lebih murung dan tidak banyak bercakap. Bagaimanapun bapanya, Zamri Sutin, 53, berkata, anaknya itu semakin stabil selepas pembedahan yang dilakukan pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur.
“Pada mulanya dia menolak untuk menjalankan pembedahan memotong kaki namun selepas dipujuk tunang dan ahli keluarga, dia bersetuju,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.57 malam Jumaat lalu, Hafizz bersama sorang lagi rakan sekerjanya, Nurijah Rosli, 24, yang mengandung dua bulan, parah selepas ditembak dengan dipercayai pump gun dari jarak dekat.
Mengulas kejadian itu, dia sendiri berasa terkejut mendengar berita itu, namun menerimanya dengan reda. Zamri berkata, Hafizz juga terpaksa menangguhkan perkahwinan yang dijadualkan akhir tahun ini bersama tunangnya, Nurfaizan Abdul Kasim, 27.
Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata, pihaknya sudi membantu bagi pihak Hafizz dalam usaha menyegerakan bantuan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). – Sinar Harian

No comments:

Post a Comment