Thursday 7 June 2012

PUO raih tiga emas sempena pameran reka cipta, inovasi

Bangga aku wey jadi salah seorng student puo...nie aku ambik kat utusan online...


Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh yang menyertai Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa Ke-23 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.

IPOH 5 Jun - Kehebatan inovasi Politeknik Ungku Omar (PUO) terus mendapat pengiktirafan apabila meraih tiga pingat emas dan tiga gangsa sempena Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa Ke-23 (ITEX'12 Malaysia) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 17 dan 19 Mei lalu.
Apa yang membanggakan, ia merupakan penyertaan pertama PUO di dalam acara rasmi Persatuan Pereka Cipta Kaukus Asia itu dengan mempertaruhkan enam produk inovasi untuk dipamer dan dipertandingkan.
Pencapaian PUO dianggap sesuatu pengiktirafan berprestij tinggi kerana pameran anjuran Persatuan Rekabentuk dan Rekacipta Malaysia (MINDS) itu turut disertai pelbagai negara dari ASEAN, Asia dan Eropah.
Pada acara tersebut, PUO memperoleh tiga pingat emas menerusi produk mesin pengupas bawang dari Jabatan Mekanikal serta kajian kesan kipas eko di dalam air terhadap kadar pemindahan oksigen dan jaring serta tiub terapung jerangkap sampah dari Jabatan Kejuruteraan Awam.
Tiga pingat gangsa pula diperoleh menerusi produk penyejuk air pelbagai pecahan dari Jabatan Mekanikal serta 'Aqua Zigbee' dan kesalahan bekalan kuasa dari Jabatan Elektrik.
PUO dalam satu kenyataannya di sini hari menyatakan, penyertaan PUO sebagai sebuah Politeknik Premier di dalam acara bertaraf antarabangsa itu merupakan satu pengiktirafan kepada keseluruhan sistem politeknik negara.
"Pengiktirafan seumpama ini mampu melonjak PUO sebagai sebuah institusi yang berprestasi tinggi, setanding dengan institusi pengajian tinggi negara lain.
"Ia merupakan satu satu usaha transformasi politeknik sebagai pusat pendidikan dalam latihan teknikal dan vokasional (TVET) terulung serantau. Penyertaan seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang," kata kenyataan tersebut.

No comments:

Post a Comment