Tuesday 12 June 2012

Pelajar 14 Tahun Dapat Kereta Chevy Camaro 2011 kerana rajin datang sekolah


CHEVY CAMARO 2011
Kamu pasti akan iri dengan Kenzie Denton, pelajar yang masih berumur 14 tahun ini mendapat hadiah kereta Chevy Camaro terbaru keluaran 2011 dari sekolahnya. Kenapa? Jawabannya kerana rajin datang kesekolah dan nilai-nilai prestasi yang tinggi.

Pelajar-pelajar di Forth Worth, akan mendapatkan hadiah apabila rajin datang sekolah dan nilai-nilainya baik. Semakin rajin dan semakin bagus nilai prestasinya, maka tiket undian yang diterima juga semakin banyak. Ertinya peluang memenangkan undian semakin besar.

Denton, pelajar yang berhasil memenangkan hadiah utama berupa kereta sport Chevy Camaro, menangis gembira ketika kereta itu jatuh ke tangannya.
"Mungkin saya akan membiarkan orang tua saya memandunya, setelah siap baru saya akan memintanya kembali," ujar Denton yang pada usianya 14 tahun memang belum diperbolehkan memandu kereta.

Selain kereta, untuk juara runner up, disediakan 24 touch-screen tablet.Menurut pihak sekolah undian ini diadakan agar murid semakin rajin belajar dan semakin rajin sekolah.
sumber: digital spy

No comments:

Post a Comment